Thursday, September 15, 2011

KEGUNAAN LAIN BARANGAN DAPUR

Pernah tak lu orang pikir, sebenarnya sudu, senduk, oven, mesin parut kepala kelapa dan lain² lagi kat dapur too ade kegunaan sampingan? so post baru kali nie, gua hidangkan kat lu orang tanpa kesan sampingan seperti keguguran, gout atau dituduh gila kecuali mak lu orang nampak lu orang buat benda nie. bile mak lu orang nmpk, pandai² lah ye da jgn ngade² nk ckp dapat tahu dari blog nie kecuali mak lu orang too rozita cik wan. ouchhh! <3. pape pong, pastikan baca doa sebelum makan kecuali nama lu orang ah tat, siva mahupun kamalnathan.

GARFU
garfu atau org keyelll sebut fork ye bukan pork walaupong mkn pork boleh gune fork dan mkn pork gune fork sambil pegang fork moto. (erkkk, lidah tergeliat!) walaupong gua tak tahu sapa yang cipta menatang nie tapi selain boleh digunakan untuk makan kecuali lu orang makan yougurt, memang nampak sangat lah lu orang nie tak tahu kegunaan ibarat menukar ekzos moto menggunakan protector nak lukis bangunan tu atau bahasa kasarnya lebih mudah paham iaitu bongok. ok, garfu juga boleh digunakan untuk menggaru belakang badan akibat digigt serangga. ingat ye, SERANGGA sbb klo kesan digigit orang lain bentuk serta kalernya dan lebih dikenali dengan gigitan cinta dan orang yang digigit orang akan ingin digigit lagi manakala orang digigit serangga akan memaki serangga berkenaan seperti "ohhh, ko gigit aku ye nyamuk. takpeeee, aku pasang kelambu malam nie pastu aku tdo bawah katil bior ko kena tipu, HAHAHA". garfu boleh juga digunakan sebagai senjata untuk mencucuk tangan dan mata si mata keranjang jika beliau ajak lu orang geli² sebagai balasan kepada kenakalannya. jika beliau marah akibat dicucuk garfu berkenaan, lu orang cakap je lu orang suke aksi ganas. tips berguna ini amat sesuai untuk para gadis² ye, bukan untuk mereka yang sesama jantina. suwey! pape pong, selepas lu orang gune menatang ini untuk kegunaan lain, pastikan basuh terlebih dahulu sebelum digunakan balik untuk makan lagi² lu orang dah cucuk si mata keranjang tadi yang tangannya berbulu seperti pelepah kelapa yang ranum. yekkk!

CHOPSTICKS
walaupong masyarakat melayu jarang menggunakan chopsticks tapi masih lagi ade segelintir yang menggunakannya. lagi² yang kononnya perasan mix darah chinese yang gua pong tak tahu tang mana chinesenya. ptuihh! chopsticks amatlah sesuai kepada bebudak band yang posisinya sebagai drummer sebagai drum sticks dan posisi lu orang bukannye budak suruhan untuk beli rokok kepada bebudak band ini ye? akan tetapi, pastikan band lu orang tu bukan band yang beraliran death metal atau black metal kerana jika diketahui oleh rakan sepasukan band lu orang, kemungkinan besar ritual minum darah kambing hitam akan digantikan dengan ritual minum darah orang dan orang itu lu. nak pulak jika lu orang hitam tinted tahap tak lepas roadblock JPJ. memang sesuai! so pastikan band lu orang membawa aliran lagu seperti dangdut, jazz, caklempong, lagu² kebudayaan masyarakat sulawesi, hip-hop dan sebagainya. hah, satu lagi, penah tak lu orang tengok masked rider? lu orang bleh gunekan chopsticks ini dengan cara menyelotape kat dahi lu orang dan wat gaya ala² sesunggut masked rider berkenaan. pastu boleh lah dibawa berjalan² sambil korang memperkenalkan diri lu orang masked rider dilantik khas oleh PM jepun untuk menolong masyarakat di malaysia. lu orang pasti disambut  meriah sambil disertakan tamparan dimuka berkali² selain dimaki oleh makcik² dengan ucapan "GILO! ghoman eh macam ni, memang xdo lah nak nikah ngan anak den!" so, tahniah! 

KUALI LEPER
kuali ade banyak jenis dan lebih difokuskan di sini adalah kuali yang berbentuk leper seperti yang tertera di gambo sebelah. tak nampak jugak maknanya lu orang baca post nie tengah ngingau. kegunaannya adalah untuk menggoreng akan tetapi boleh digunakan untuk mengipas lu orang lagi² ketika panas semasa sedang menyiapkan masakan atau dikenali dengan kipas lipas dalam cite p ramlee do re mi. tapi pastikan ketika kipas tiada masakan yang berlaku di dalam kuali ini atau kemungkinan besar lu orang boleh ditampar oleh kuali sebegini dengan bini atau mak lu orang menggunakan kuali simpanan yang lebih besar saiz dan kualitii tebalnya. kesan nye, lu orang boleh pening selama seminggu dan tidak diterima rawatan di hospital, klinik desa mahupun klinik bidan kepunyaan gomen (kerajaan). selain itu, kuali ini boleh digunakan sebagai bet (betul ke eja?) untuk permainan ping pong, ping ping, pong pong atau badminton sebagai raket. jika mahukan suasana kedapuran, lu orang bolehlah cuba bermain ping pong, ping ping atau pong pong yang ber-court-kan meja makan, susun pinggang pinggan sebagai net, dan bolanya telo ayam kerana jika menggunkan telo sendiri terutamanya mereka yang mempunyai nama ade "bin" (yang ade binti ade telo ke?) pasti beliau akan berasa senak. ouchhhh! selamat mencuba!

p/s: nak gua update selalu. lu orang tong² duit bayar berokband aku! MUAHAHA