Wednesday, October 10, 2012

FAKTA HANTU

the real of HANTU KAK LIMAH, heeeee~

  • Hantu adalah makhluk yang boleh dilihat melalui sixth sense, akan tetapi manusia yang berperangai seperti hantu boleh dilihat seperti biase sambil boleh menyepak mereka apabila mereka mengorat awek lu orang. (minat shangat shangat dengan band sixth sense "tgn ke dada, mate ke atas")
  • Hantu biase nye sering dikaitkan dengan rambot panjang tapi orang tua tua cakap lelaki rambut panjang akan kelihatan cute. orang tua tua laa cakap, gua sampai kan je.... (hihihihi)
  • Kalau kat pavilion, akan kelihatan ghamai gadis yang memakai pakaian koyak a.k.a tak cukup kain. hah, too bukn hantu tau walau pong hantu sinonim cenggitoo tapi klo yg gadis memakai pakaian koyak a.k.a tak cukup kain tadi, kami para jejaka rela digigit oleh mereka, hohohoho
  • Hodoh je mesti orang akan hengat hantu kan? tapi klo ada member lu orang yang hodoh, too bukan hantu walau pong muke nye kelihatan ngeri. nasihat gua, lu orang snap gambo die pastu print banyak banyak & jual kat pasor malam sebagai ubat sampingan menghalau lipas, tikus & jembalang. dpt gak untong
  • Pernah dengor tak, kalau malam jumaat je mesti kate malam too ade hantu. betol tau! sbb too org dah kawin tido awal malam jumaat sebab takot hantu laaa. macam kami yang bujang, hari hari malam jumaat makna nya tido awal laa. tatot tangat titew tawwwwwwwwww
  • Bebudok suke benor hantu nyakat tapi bebudok skrg hantu nk nyakat pong tak tahu macam mane. takkan nak keluar ikot skrin ipad kan? nampak benar membongak nye!
  • Hantu suke darah, lelaki idung belang suke dara. errrr... lu orang cari laa perbezaan nye
  • Sampai sekarang gua tak tahu kenapa hantu malaysia je mesti pengotor, tapi kalau hantu omputeh mesti smart siap pakai kot lg. menipu je omputeh nie. puiii


Wednesday, May 9, 2012

BENDA KLAKA TAPI LU ORG TAK TAHU



awek lu org terpijak taik kucing kat selipar nye, pastu die gesel selipar bertaik terbabit kat pedal moto org sebelah sambil lu org dengan muka serius berkata " lagi... ade lagi tuuu..."

bangla cleaner pavilion selamatkan lu org sebab tergolek dalam toilet dan bangla tu rasa bersalah sebab die tengah mop lantai. lu org try cover macho dengan mengatakan tiada apa-apa sambil memakai semula rayban uptown lu org too walaupong hakikatnye rayban terbabit telah bengkok akibat ketergolekan terbabit

lu org lepak lame-lame kat kedai mamak tibe-tibe kaki lu org krem. hakikatnye krem tu bukan sebab lepak lame tapi lu org dah gemok dan cube mengambil kerusi org sebelah utk meletakkan kaki krem lu org itu

cubaan berani mati utk kelihatan macho dan maintain cun dengan cara memakan udang dengan kulit-kulit nye sekali sebab situasi tengah dating dan makan tempat berkaliber. so makan kena guna sudu, maka nk mkn udang tu kenalah kupas kulitnye menggunakan sudu itu sedangkan lu org melayu jowo totok. oleh itu, ditelan juge udang bersame kulitnye sekali sebab dalam hati lu org berbisik cengginie " uiii, rughi tak makan udang nie, nk kopek kulit guna sudu susah...". pape pong perlu diingatkan udang tu bukan udang kecik tapi udang galah. tak mati tercekik ke?

aksi spontan lu org tgh tgok tv sambil main mesej. tibe-tibe tgh syok maria ozawa berlakon sebagai nurse too, henpong lu org berbunyi dan lu org teros " hah, halloooo..." dan henpong masih berbunyi. rupenye yg lu org pegang tu remote kontol control tv 


lu org tgh sembang ngan kwn lu org pasal isu yg serius iaitu isu masalah geng lu org gak sambil lu tgh mkn kerepek sukun. tgh kwn lu org ckp somethin yg serius dan klimaks penceritaan tibe-tibe lu org tergigit lidah dan pada masa yg sama lu org tgh dengar ape beliau ckp dan kwn lu tu syok je tgh cite sambil pandang lu yg kesakitan tergigit lidah sambil lu org tahan sakit sambil mendengar dan sambil juge pegang sebelah tangan kerepek tersebut, haishhh


kwn lu tgh wat kerja dlm keadaan serius, lu kaco pastu die tension, die tolak kepala lu dan lu kebelakang dan lu terhantuk ke cermin siap bunyi "kelekukkk!" dan lu minta maaf kat beliau



Tuesday, May 8, 2012

CARA-CARA MENJAGA RAMBUT

Gambar menunjukkan jenglot yg berjaya dirakam oleh krew kami yg sukar kami berkomunikasi dengannya kerana dipercayai beliau berasal dari Mongolia. ok2. cukop sudah intro pasal krew terbabit nanti penoh akaun pesbuk die org add jeles plak aku, haha. rambut atau dalam bahasa muda mudi GHAMBOT antara aset yg perlu dijaga seperti menjaga anak, menjaga diri mahupun jaga sekolah (sukuriti) kerana ianya bakal menimbulkan buah dada mulut org seperti "ko nie lepak kedai pong nak pakai helmet" atau "laaaa, nie rambot? hengat ko berniaga pokok bunga kertas atas kepala" atau "omak aihh, tokojot aku! hengat siapa plak tegor tadi. too yg dok pikir bila plak aku ade kawan ngan org asli afrika?" atau juga "ko dah g JPN ke? tukor status orang jadi ungka?" Di sini, gua selaku peminat k-pop memberi tips :-
  1. Pastikan dahulu maksud rambot ialah bulu yg tumbuh di atas kepala ye. kalau bulu di tempat selain atas kepala tak dipanggil rambot. ianya dipanggil ___________ . (isikan tempat kosong)
  2. Sesudah rambot yg dipakai terbabit digunakan, bolehlah disimpan atau disangkot ditepi katil, dalam peti ais, dalam laici laci utk dipakai ke esokkan harinya.
  3. Utk menjaga rambot anda dari dicabul oleh masyarakat sekeliling, rambot yg dibela boleh lah disimpan dirumah dan dikunci bagi menjamin keselamatannya agar kedaraannya masih terpelihara.
  4. Bagi lelaki, rambot anda juga adalah gatal seperti boboi anda juga. oleh itu, berikan beliau massage a.k.a pingpong di saloon yg membolehkan rambot anda digomol oleh golongan amoi punyu munyu terbabit. credit diberikan lebih jika golongan terbabit iras-iras ahli remaja k-pop.
  5. Pastikan rambot anda diberikan layanan seperti kekasih anda juga seperti mengajak beliau berpiknik, bermain tennis, belajar bahasa mandarin, kalaoke pai star, jenjalan, tgok wayang dan melancong ke disneyland.
  6. Bagi rambot yg mempunyai kutu, anda jangan bimbang ada penyelesaiannya. bela sahaja tenuk dikepala anda. jgn kata kutu, kuman, jentik-jentik, malahan lalat pong x hinggap tau! (kepala bertaik ke hape nie?)
  7. Botak. setel!

Thursday, September 15, 2011

KEGUNAAN LAIN BARANGAN DAPUR

Pernah tak lu orang pikir, sebenarnya sudu, senduk, oven, mesin parut kepala kelapa dan lain² lagi kat dapur too ade kegunaan sampingan? so post baru kali nie, gua hidangkan kat lu orang tanpa kesan sampingan seperti keguguran, gout atau dituduh gila kecuali mak lu orang nampak lu orang buat benda nie. bile mak lu orang nmpk, pandai² lah ye da jgn ngade² nk ckp dapat tahu dari blog nie kecuali mak lu orang too rozita cik wan. ouchhh! <3. pape pong, pastikan baca doa sebelum makan kecuali nama lu orang ah tat, siva mahupun kamalnathan.

GARFU
garfu atau org keyelll sebut fork ye bukan pork walaupong mkn pork boleh gune fork dan mkn pork gune fork sambil pegang fork moto. (erkkk, lidah tergeliat!) walaupong gua tak tahu sapa yang cipta menatang nie tapi selain boleh digunakan untuk makan kecuali lu orang makan yougurt, memang nampak sangat lah lu orang nie tak tahu kegunaan ibarat menukar ekzos moto menggunakan protector nak lukis bangunan tu atau bahasa kasarnya lebih mudah paham iaitu bongok. ok, garfu juga boleh digunakan untuk menggaru belakang badan akibat digigt serangga. ingat ye, SERANGGA sbb klo kesan digigit orang lain bentuk serta kalernya dan lebih dikenali dengan gigitan cinta dan orang yang digigit orang akan ingin digigit lagi manakala orang digigit serangga akan memaki serangga berkenaan seperti "ohhh, ko gigit aku ye nyamuk. takpeeee, aku pasang kelambu malam nie pastu aku tdo bawah katil bior ko kena tipu, HAHAHA". garfu boleh juga digunakan sebagai senjata untuk mencucuk tangan dan mata si mata keranjang jika beliau ajak lu orang geli² sebagai balasan kepada kenakalannya. jika beliau marah akibat dicucuk garfu berkenaan, lu orang cakap je lu orang suke aksi ganas. tips berguna ini amat sesuai untuk para gadis² ye, bukan untuk mereka yang sesama jantina. suwey! pape pong, selepas lu orang gune menatang ini untuk kegunaan lain, pastikan basuh terlebih dahulu sebelum digunakan balik untuk makan lagi² lu orang dah cucuk si mata keranjang tadi yang tangannya berbulu seperti pelepah kelapa yang ranum. yekkk!

CHOPSTICKS
walaupong masyarakat melayu jarang menggunakan chopsticks tapi masih lagi ade segelintir yang menggunakannya. lagi² yang kononnya perasan mix darah chinese yang gua pong tak tahu tang mana chinesenya. ptuihh! chopsticks amatlah sesuai kepada bebudak band yang posisinya sebagai drummer sebagai drum sticks dan posisi lu orang bukannye budak suruhan untuk beli rokok kepada bebudak band ini ye? akan tetapi, pastikan band lu orang tu bukan band yang beraliran death metal atau black metal kerana jika diketahui oleh rakan sepasukan band lu orang, kemungkinan besar ritual minum darah kambing hitam akan digantikan dengan ritual minum darah orang dan orang itu lu. nak pulak jika lu orang hitam tinted tahap tak lepas roadblock JPJ. memang sesuai! so pastikan band lu orang membawa aliran lagu seperti dangdut, jazz, caklempong, lagu² kebudayaan masyarakat sulawesi, hip-hop dan sebagainya. hah, satu lagi, penah tak lu orang tengok masked rider? lu orang bleh gunekan chopsticks ini dengan cara menyelotape kat dahi lu orang dan wat gaya ala² sesunggut masked rider berkenaan. pastu boleh lah dibawa berjalan² sambil korang memperkenalkan diri lu orang masked rider dilantik khas oleh PM jepun untuk menolong masyarakat di malaysia. lu orang pasti disambut  meriah sambil disertakan tamparan dimuka berkali² selain dimaki oleh makcik² dengan ucapan "GILO! ghoman eh macam ni, memang xdo lah nak nikah ngan anak den!" so, tahniah! 

KUALI LEPER
kuali ade banyak jenis dan lebih difokuskan di sini adalah kuali yang berbentuk leper seperti yang tertera di gambo sebelah. tak nampak jugak maknanya lu orang baca post nie tengah ngingau. kegunaannya adalah untuk menggoreng akan tetapi boleh digunakan untuk mengipas lu orang lagi² ketika panas semasa sedang menyiapkan masakan atau dikenali dengan kipas lipas dalam cite p ramlee do re mi. tapi pastikan ketika kipas tiada masakan yang berlaku di dalam kuali ini atau kemungkinan besar lu orang boleh ditampar oleh kuali sebegini dengan bini atau mak lu orang menggunakan kuali simpanan yang lebih besar saiz dan kualitii tebalnya. kesan nye, lu orang boleh pening selama seminggu dan tidak diterima rawatan di hospital, klinik desa mahupun klinik bidan kepunyaan gomen (kerajaan). selain itu, kuali ini boleh digunakan sebagai bet (betul ke eja?) untuk permainan ping pong, ping ping, pong pong atau badminton sebagai raket. jika mahukan suasana kedapuran, lu orang bolehlah cuba bermain ping pong, ping ping atau pong pong yang ber-court-kan meja makan, susun pinggang pinggan sebagai net, dan bolanya telo ayam kerana jika menggunkan telo sendiri terutamanya mereka yang mempunyai nama ade "bin" (yang ade binti ade telo ke?) pasti beliau akan berasa senak. ouchhhh! selamat mencuba!

p/s: nak gua update selalu. lu orang tong² duit bayar berokband aku! MUAHAHA

Wednesday, November 3, 2010

JIKA DIBERI 3 PERMINTAAN

wlupong ianya mustahil utk dpt, berangan laaa kerana impian bermula dari imaginasi dan imaginasi bermula dari tdo (falsafah!) klo ade yg offer gua mcm nie, gua nak mintak..... hehehe... :

1- dapat serumah dengan gadis² WONDER GIRLS!

2- juliana evans jd followers blog nie pastu hantar msj, "u nie bile nk update blog? suke wat i tertunggu² tau! geram dengan u!" (hidung sedang berdarah)

3- diberi semula 3 permintaan, HAHAHA


p/s: gua berharap sangat line internet gua laju sepantas kilat sbb ianya skrg sngt menyakitkan hati!

Tuesday, November 2, 2010

TAJUK² FILEM YANG TIDAK BERJAYA DITAYANGKAN

gamba di atas juge antare scene filem yg bloom dibubuh tajuknye lagi. akhir kate, jgn termkn org semase sedang menonton di pawagam berdekatan anda! (seram x?)

SEMBELIT

Friday, August 20, 2010

SALAH SIAPA?

kete kepunyaan brader abdul manja bin pian killer

cik saripah nur haslinda al baktihar aminuddin manap merupakan kekasih hati kepada boipren beliau iaitu brader abdul manja bin pian killer. nk dijadikan post, cik saripah nur haslinda al baktihar aminuddin manap menonton telebesyen dan berita memaparkan sebuah kereta bergerak laju dan melawan arus. oleh kerana risau, beliau meng-kol brader abdul manja bin pian killer supaya berhati² di jalan raya dan tidak bermain mercun papan. ikuti kisah perbualan mereka yg dirakam menggunakan hp CSL BLUEBERRY ini :

CIK SARIPAH NUR HASLINDA AL BAKTIHAR AMINUDDIN MANAP: heyawwwww abe. wasssuuuppp! katner tuuuu... (nada romantik gaya panik)

ABDUL MANJA BIN PIAN KILLER: wassuppppp! dalam keter laaaa. tgh drive nie. awatnye? hariharimau pong rindu ke? haishhhhh...

CIK SARIPAH NUR HASLINDA AL BAKTIHAR AMINUDDIN MANAP: ado plak. nk bgtau nie, paru² a.k.a hati² drive kete too. ade org gila bawa sebuah kete laju pastu lawan arus. risau la pape jd. saya nie dah laaa bloom ade skandel lagi. baru lepas kuar berita channel astro 108 kat telebesyen LCD jenama nestle 12 inci saya nie hah...
  
ABDUL MANJA BIN PIAN KILLER: kepala kotak laaaa berita too! khurafat too smua! bidaah! ape plak satu kete je! ADE BANYAK KETE KOT LAWAN ARUS DEPAN SAYA NIE! gle btol laaaa diorg nie! lesen print kaler sendri ke wat kat umah!

Tuesday, June 22, 2010

LELAKI BER-KEK



hahaha...
mule² kami hengat x nak letak kek. hengat nk pkol cakoi ke, wat kek batu ke, tanam die pastu rejam die ke tapi nnt mama die marah kami plak. sian beliau
... hasil selepas aksi ngeri ini, didapati beliau menghidapi trauma berhadapan dengan kek, kedai kek, tokey kek, kekwa dan mak lampir. oleh kerana dihempap dengan kuat oleh jejaka berbontot kebab, eqal, idung beliau terpksa di ganti dengan baru. hasil lepakan baru² ini, beliau menyebut, " idung aku ade mcm micheal jackson mude² dolu x? kini aku kelihatan anggun dan berseri dengan idung baru ni. terima kasih klinik rama kerna men-sponsor idung ni!". begitulah kate² beliau dan idung beliau sememangnye chantek! (buwekk!)

p/s: eqal bodo! letak hanger kat suar aku time kat tesco!

Sunday, March 14, 2010

AYAM PUNYA CERITA


gambo menunjukkan seekor ayam yg telah mogok menjadi ayam dah telah bekerja sendiri sebagai posmen di padang pasir gurun sahara. hasil siasatan menunjukkan iannya berlaku disebabkan dialog di bawah yg berlaku pada beberapa tempoh hari yg lalu. hasil mogok ini menyebabkan ramai ayam² yg bekerja di sekitar KFC, mcD, brickfields menukar profesion mereka sebagai ejen insurans, penganalisis saham, kude dan sebagainya.

DIALOG 1

AYAM : aku sedih lahhh weiii...

LEMBU: pahe mu? (sambil mengunyah sireh)

AYAM : yelah manusia nie. ari² ambik telo aku. aku xdpt pong nk tgok waris aku nnt. umur aku pong makin meningkat. nk gak aku tgok ade yg menyambung tradisi aku sebagai mak ayam coming soon....

LEMBU: (amboii, ckp omputeh?) alaahhhh too je? nk ikot kan, masalah aku lg sedih...

AYAM : apo masalah ko plak?

LEMBU: yelahhh... setiap hari manusia minum susu aku. tp xde sorang pong yg panggil aku MAK!

AYAM : errr......


DIALOG 2

KAMBING: ko nie pahal mengotor sangat yam?

AYAM : nape pulakkkk? (sedang mkn NANDO's)

KAMBING: yelahhh, memanjang aku tgok ko nie berkaki ayam je, xpenah nmpk ko pkai selipar ke, crocs ke. pastu bile cacing msuk kaki, g mkn plak cacing too! haishhh... dah r tulisan burok mcm cakar ayam!

AYAM : elehhh! ckp org. ko pong same?

KAMBING: ape plak dgn aku?

AYAM : ko too harap je janggut pnjg. alim lah konon. tapi TELO nmpk gak. bg tunjuk kat khayalak ramai plak too. blahhh lahhh...

KAMBING: heee~ (sedang senyum kambing)


Tuesday, March 9, 2010

SPESIFIKASI: HONDA WAVE 10000r V-TEC TURBO


Enjin: 800 ekor kuasa lembu
Kuasa maks: out of meter!
Chasis: platinum yg diambil utk menampal gigi yg berlubang
Saspensi depan: fork (garfu)
Berat: berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
Lampu depan: pelita minyak tanah
Lampu belakang: lampu kelip² time raya
Side mirror kanan: cctv
Side mirror kiri: guna cermin besar kat meja solek tu
Seat: kulit seat dari kulit ghimau mati tercekik
Brek depan: brek disc yg diperbuat dari emas 916 poh kong
Brek belakang: brek je gune kaki
Bakul: takde bakul. gune je kotak tv
Absorber kanan: spring dlm pen tekan²
Absorber kiri: YY Pang, YY Ping, YY Pong
Tayar depan: tayar sotong dalam tin
Tayar belakang: miche-licin (sponsor by hisham bengkel)
Rim: batangnya diperbuat dari lidi sate
Laju maks: laju lah dari rama²
Harga: secupak beras segantang ubi
Pengeluar: dikilangkan bersama dengan toyota estima sebgai keluaran khas
Percume: air teh ais bersama penyodok sampah
Keistimewaan:
-boleh bertukar menjadi transformer

-dilucutkan penyertaannya dlm motoGP akibat menggunakan minyak sawit
-diana danielle penah memegang handle moto nie (smpai skrg x basuh)
-bakal muncul dlm filem RUMPUT v3 x lama lagi
-moto yg dilengkapi dengan mesin basuh, tv plasma, dapur, meja makan dan gym kepada penunggangnya ketika menunggang agar lebih selesa

(klik gambar - persaing terdekat kami. cissss)