Sunday, March 14, 2010

AYAM PUNYA CERITA


gambo menunjukkan seekor ayam yg telah mogok menjadi ayam dah telah bekerja sendiri sebagai posmen di padang pasir gurun sahara. hasil siasatan menunjukkan iannya berlaku disebabkan dialog di bawah yg berlaku pada beberapa tempoh hari yg lalu. hasil mogok ini menyebabkan ramai ayam² yg bekerja di sekitar KFC, mcD, brickfields menukar profesion mereka sebagai ejen insurans, penganalisis saham, kude dan sebagainya.

DIALOG 1

AYAM : aku sedih lahhh weiii...

LEMBU: pahe mu? (sambil mengunyah sireh)

AYAM : yelah manusia nie. ari² ambik telo aku. aku xdpt pong nk tgok waris aku nnt. umur aku pong makin meningkat. nk gak aku tgok ade yg menyambung tradisi aku sebagai mak ayam coming soon....

LEMBU: (amboii, ckp omputeh?) alaahhhh too je? nk ikot kan, masalah aku lg sedih...

AYAM : apo masalah ko plak?

LEMBU: yelahhh... setiap hari manusia minum susu aku. tp xde sorang pong yg panggil aku MAK!

AYAM : errr......


DIALOG 2

KAMBING: ko nie pahal mengotor sangat yam?

AYAM : nape pulakkkk? (sedang mkn NANDO's)

KAMBING: yelahhh, memanjang aku tgok ko nie berkaki ayam je, xpenah nmpk ko pkai selipar ke, crocs ke. pastu bile cacing msuk kaki, g mkn plak cacing too! haishhh... dah r tulisan burok mcm cakar ayam!

AYAM : elehhh! ckp org. ko pong same?

KAMBING: ape plak dgn aku?

AYAM : ko too harap je janggut pnjg. alim lah konon. tapi TELO nmpk gak. bg tunjuk kat khayalak ramai plak too. blahhh lahhh...

KAMBING: heee~ (sedang senyum kambing)


Tuesday, March 9, 2010

SPESIFIKASI: HONDA WAVE 10000r V-TEC TURBO


Enjin: 800 ekor kuasa lembu
Kuasa maks: out of meter!
Chasis: platinum yg diambil utk menampal gigi yg berlubang
Saspensi depan: fork (garfu)
Berat: berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
Lampu depan: pelita minyak tanah
Lampu belakang: lampu kelip² time raya
Side mirror kanan: cctv
Side mirror kiri: guna cermin besar kat meja solek tu
Seat: kulit seat dari kulit ghimau mati tercekik
Brek depan: brek disc yg diperbuat dari emas 916 poh kong
Brek belakang: brek je gune kaki
Bakul: takde bakul. gune je kotak tv
Absorber kanan: spring dlm pen tekan²
Absorber kiri: YY Pang, YY Ping, YY Pong
Tayar depan: tayar sotong dalam tin
Tayar belakang: miche-licin (sponsor by hisham bengkel)
Rim: batangnya diperbuat dari lidi sate
Laju maks: laju lah dari rama²
Harga: secupak beras segantang ubi
Pengeluar: dikilangkan bersama dengan toyota estima sebgai keluaran khas
Percume: air teh ais bersama penyodok sampah
Keistimewaan:
-boleh bertukar menjadi transformer

-dilucutkan penyertaannya dlm motoGP akibat menggunakan minyak sawit
-diana danielle penah memegang handle moto nie (smpai skrg x basuh)
-bakal muncul dlm filem RUMPUT v3 x lama lagi
-moto yg dilengkapi dengan mesin basuh, tv plasma, dapur, meja makan dan gym kepada penunggangnya ketika menunggang agar lebih selesa

(klik gambar - persaing terdekat kami. cissss)


Monday, March 8, 2010

TIPS MENGHADAPI CUACA PANAS

"amboiii hang semah, panas² la nie pong, hang tetap gak lip lap lip lappp!" (bunyi pon ponnn sebagai background muzik). begitulah perbualan mak cik semah bersama rakan seperjuangan rewangnya, mak cik linda nur natasha alia siti nur zulaikha al shahidatul binti abu ketika perbualan beliau sempat wa paparkan di sini sebagai pembuka cerita. yelah, klo nk bukak tin susu kena lah bukak guna pembukak tin ye dak? hoho. justeru itu (penanda wancana yg salah!), cuaca panas semakin menjadi-jadi hendaknya bak kata pepatah bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana makanan. di sini, wa ade beberapa tips yg mungkin anda boleh gunekan ketika menghadapi cuaca panas yg semakin mendatang ini. tetapi, jgn pula mengunakan tips ini utk menghadapi musuh plak. jd lain kang. tips²nya adalah seperti berikut:

1) menukar profesion anda sebagai pekerja lori ais ATLAS

2) memberitahu mama anda supaya anda sekeluarga pindah ke aslaka (bukan sri lanka tau!)

3) cubaan berani mati dengan memakai baju tanpa benang ke pasar tani berhampiran rumah (kalo xde org tegur, baru anda boleh g jln jauh²)

4) pegi ke JPN dah minta pegawai di sana menukar status manusia anda kepada ikan duyung, kura², mentarang, gamat langkawi atau yg seangkatannya yg boleh anda dekat dengan air

5)mencipta rumah di kawasan di dalam laut selat teberau dengan mengunakan daun keladi (yelah, kan kalis air)

6) elakkan makan makanan yg kering seperti mee goreng kering, biskut kering atau cili kering kerana ia akan menyahhidratkan anda. sebaliknya, lebihkan makanan yg basah yg pasti melegakan anda seperti mee goreng basah, ikan goreng basah, keropok super ring yg basah. hmmmm, pasti melazatkan!

7) mencipta pakaian anda yg diperbuat dari ais seperti baju ais, seluar ais, spender ais (ouchhh!) dan lain² lagi. tetapi dengan menghisap ais bukan alasan utk menghadapi cuaca panas ini!

8)meng-upgrade kipas angin anda dari kelajuan maksimum biase dengan menukarkan kepada kipas kapal terbang atau kipas bot yg dirembat berhampiran kediaman anda

9) bg yg teringin dok kat salji, suruh adik anda membuat salji dari gabus polisrin dah taburkan dari atas bumbung umah utk menyedapkan hati yg konon²nya ade salji kat umah(poyo). pape pong, pastian aksi ini tidak di saksikan oleh bapak korang. kang kena tempeleng padan muko!

10) dok umah diam²!

(p/s: tips² telah di uji oleh mereka yg profesional. kini penguji tersebut telah berpindah ke tampoi atas sebab² yg x dpt dielakkan) gambar


Saturday, March 6, 2010

SELAMAT DATANG KE TAMAN SKODENG


wahhh³... setelah sekian lama berangan, akhirnya gua ada gak blog. blog yg digelar blogtiadanama sebab gua sendri xtau nk letak nama apa. kang letak nama blog bunga kekwa kang, kata taman plak. letak nama blog bunga api bahaya plak. letak nama blog perut, adol pkol gua kang (ngeee~). setelah dirisik tanpa khabar, tercipta lah menatang ini. setel! =)